Tuesday, September 22, 2009



Bermatlamatkan untuk menaikkan semangat pelajar meraih kecemerlangan, satu kem motivasi telah diadakan pada 29 Februari – 2 Mac 2008 di Taman Pertanian Kong Kong, Masai, Johor. Program ini dikendalikan oleh pihak konsultan, Al Falah Training and Consultancy. Sasaran pelajar ialah kumpulan pelajar cemerlang seramai 36 orang merangkumi pelajar tingkatan 3P1, 3P2, 5 Alpha dan 5A1. Program bermula pada 29 Februari selama 3 hari 2 malam dan berakhir pada 2 Mac 2008 pada jam 3.30 petang. Semua pelajar yang terlibat memberikan respon dan kerjasama yang baik sepanjang kem berlangsung tanpa sebarang masalah. Pelbagai aktiviti lasak serta berbentuk ilmiah telah diadakan bagi menguji ketahanan mental dan fizikal pelajar.