Wednesday, September 16, 2009


Hasil ilham Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Tn. Hj. Mokhy bin Saidon yang berhasrat menjadikan elemen PT Mc CARE sebagai satu budaya kerja warga pendidikan negeri Johor satu program telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program ini merangkumi bagi program perkembangan staff serta taklimat kepada pelajar. Program bagi semua guru dan kakitangan sokongan telah dijalankan pada 19 Februari 2008 (Selasa) yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu antara jam 10.00 – 1.00 petang oleh Pn. Radhiah bt Mohamad dan jam 2.00 – 5.00 petang oleh Pn. Bahvany a/p Muthu. Sesi ceramah yang pertama ialah bagi guru sesi petang disampaikan oleh Pn. Radhiah binti Mohamad pada jam 10.00 – 11.30 pagi. Sesi bengkel dijalankan selama sejam bagi membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi membantu pelajar menggunakan teknik asas dalam kaunseling. Manakala pada jam 12.30 tengahari, sesi soal jawab antara guru dan penceramah bagi membincangkan isu-isu dalam dunia pendidikan. Sesi kendalian Pn. Bahvany a/p Muthu berlangsung pada jam 2.00 – 3.30 petang disusuli dengan aktiviti bengkel dengan objektif yang sama selama 1 jam. Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan harapan semua warga pendidik SMK Kota Masai dapat mengamalkan elemen dalam PT Mc CARE seterusnya menghasilkan aset negara yang bertaraf dunia.
•P : Personal
•T : Touch
•M : Motivation
•C : Continuosly
•C : Communication
•A : Appreciation
•R : Recognition
•E : Empathy