Wednesday, September 23, 2009


Tn. Hj. Nasuha telah mengikuti sesi majlis bersama MSD (Malaysian Student Department). Majlis ini disusuli dengan jamuan ringan yang disediakan oleh MSD. Dalam kursus itu, Tn. Hj. mendengar taklimat daripada wakil MDC yang mana ia merupakan salah satu aktiviti lawatan pengetua-pengetua cemerlang. Di sana Tn. Hj. turut bergambar bersama pengetua-pengetua sekolah kluster di Malaysia. Pada hari terakhir telah diadakan kursus sesi kuliah penutupan bersama ahli-ahli panel gabungan pengetua-pengetua Malaysia bersama pengetua London. Selain itu, turut diadakan majlis penyampaian sijil kepada pengetua sebagai peserta terbaik wakil pengetua cemerlang 2008.